PERLU PENJELASAN LANJUT/QUOTATION PERCUMA?

Name:
Email Address:
NO. TELEFON
TARIKH LAHIR ANDA
PEKERJAAN ANDA
INFO LANJUT TENTANG
BUDGET BULANAN TAKAFUL ANDA RM50
RM100
RM150
RM200 ke atas
ANDA MEROKOK? YA
TIDAK
KOMEN ANDA

form mail

Thursday, August 20, 2009

Pelan Takafulink Education (Pendidikan) MAA Takaful

Salam,

MAA Takafulink Education
MAA Takafulink Education

Kos pendidikan anak-anak merupakan perbelanjaan terbesar selain daripada pembelian rumah. Peningkatan kos pendidikan ini perlu ditangani sebaik mungkin dengan memulakan skim tabungan/pelaburan seawal mungkin.

Antara faktor-faktor yang perlu diambilkira;

a. Bilangan anak

b. Universiti tempatan atau luar negara

c. Jenis kursus yang akan diambil

d. Tempoh masa sebelum memasuki universiti

e. Yuran tuisyen semasa dan perbelanjaan-perbelanjaan lain

f. Jangkaan kadar peningkatan kos pendidikan

g. Pendapatan semasa anda dan akan datang.

Contoh kos pendidikan di universiti-universiti terbaik di seluruh dunia;

UNIVERSITI CAMBRIDGE, UK

-Yuran Tuisyen: RM64,000

-Perbelanjaan lain: RM42,000

-Jumlah: RM106,000 setahun

Sejumlah RM424,000 diperlukan untuk kursus selama 4 tahun!

Cambridge University, UK
Cambridge University, UK

UNIVERSITI MALAYA, MALAYSIA

-Yuran Tuisyen: RM1,200

-Perbelanjaan lain: RM10,000

-Jumlah: RM11,200 setahun

Sejumlah RM44,800 diperlukan untuk kursus selama 4 tahun!

Ciri-ciri pelan Takafulink Education (Pendidikan) MAA Takaful

  • Minima RM50 sebulan @ RM600 setahun
  • Perlindungan mengikut Jumlah Asas Dilindungi, boleh ditambah/dikurangkan
  • Melindungi kematian & Hilang Upaya Keseluruhan & Kekal
  • Caruman dibahagikan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) - akaun pelaburan individu untuk menjana keuntungan, dan Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) - dana risiko terkumpul di mana para peserta membuat sumbangan berdasarkan Tabarru' (sumbangan)
  • Manfaat elaun pencapaian SPM: Keputusan SPM 5A-sumbangan RM500, 8A - sumbangan RM1,000
  • MANFAAT TAMBAHAN
  • 1) Manfaat pencarum :
  • Mengecualikan caruman dalam keadaan di mana pencarum meninggal dunia, hilang upaya keseluruhan dan kekal atau didiagnos akibat penyakit berbahaya.
  • 2) Pengecualian caruman akibat penyakit berbahaya:
  • Mengecualikan caruman pada sijil asas apabila Ahli Dilindungi didiagnos dari mana-mana 36 penyakit berbahaya.
  • Pilihan 3 dana takafulink: MAA Takaful Shariah Growth, MAA Takaful Shariah Balanced & MAA Takaful Income, diuruskan oleh CIMB-Principal Asset Management untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan anda.
  • Kelayakan: Kanak-kanak umur 30 hari - 15 tahun.
  • Perlindungan berterusan selagi nilai dalam akaun PIA cukup untuk membayar caj akaun PRIA
  • Pengeluaran separa bila-bila masa minimum RM500 atau baki minimum ditinggalkan RM1,000 dalam akaun PIA
  • Boleh top-up melalui Takaful Saver secara tetap setiap bulan, untuk akaun PIA, serendah RM50 sebulan.
  • Boleh tambah pelaburan bila-bila masa minimum RM1,000 untuk akaun PIA
  • Boleh ditukar ke skim Takafulink bila matang, dalam masa 60 hari.
  • Lebihan bersih akaun PRIA, sekiranya ada, akan dibahagi 50:50 antara peserta dan MAA Takaful

Sunday, July 26, 2009

Yasmin Ahmad Meninggal Dunia Diserang Strok

Salam,

Kematian pengarah iklan terkenal ini mengingatkan saya kepada kematian datuk isteri saya beberapa tahun lepas. Kali pertama beliau mengalami strok, beliau dapat pulih kembali walaupun tidak sepenuhnya. Namun, kali kedua serangan strok ini, beliau terus koma selama seminggu sebelum meninggal dunia.

Sekarang ini nenek isteri saya juga mengalami strok, dan bapa saudara saya. Mereka bernasib baik kerana sesudah mendapat rawatan, menunjukkan kesan positif hingga ke hari ini.

Penyakit strok ini termasuk antara 36 penyakit kritikal yang dilindungi oleh plan produk MAA Takaful, samada Takafulink atau Smart Medic 100. Ini bermakna, sekiranya anda mengambil 'rider Critical Illness', anda akan dibayar sekiranya diserang penyakit ini, dan untuk Smart Medic 100, anda boleh terus mendapatkan rawatan 'specialist' di hospital swasta panel. Sumbangan juga akan dibayar kepada pewaris mengikut jumlah perlindungan dalam sijil takaful beserta jumlah akaun pelaburan peserta atas kematian akibat strok.

Mendapatkan perlindungan ini adalah penting untuk memastikan anda mampu mendapatkan rawatan terbaik secepat mungkin sekiranya berlaku serangan penyakit strok. Hubungi 019-985 5546 untuk mendapatkan sijil perlindungan anda.


a) Petikan berita kematian Yasmin Ahmad

KUALA LUMPUR: Pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad meninggal dunia kira-kira 11.25 malam ini (25.7.2009)

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara ketika dihubungi Bernama.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan.

Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak. - Bernama

(sumber)

b) Apa itu strok/angin ahmar?

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otakatau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

(sumber)

c) What is stroke?

A stroke is the rapidly developing loss of brain function(s) due to disturbance in the blood supply to the brain. This can be due to ischemia(lack of blood supply) caused by thrombosis or embolism or due to a hemorrhage. As a result, the affected area of the brain is unable to function, leading to inability to move one or more limbs on one side of the body, inability to understand or formulate speech, or inability to see one side of the visual field.[1] In the past, stroke was referred to as cerebrovascular accident or CVA, but the term "stroke" is now preferred.[citation needed]

A stroke is a medical emergency and can cause permanent neurological damage, complications, and death. It is the leading cause of adult disability in the United States and Europe. In the UK, it is the second most common cause of death, the first being heart attacks and third being cancer. It is the number two cause of death worldwide and may soon become the leading cause of death worldwide.[2] Risk factors for stroke include advanced age,hypertension(high blood pressure), previous stroke or transient ischemic attack (TIA), diabetes, high cholesterol,cigarette smoking and atrial fibrillation.[3] High blood pressure is the most important modifiable risk factor of stroke.[1]

(sumber)


Owning a Takaful policy made simple, fill in the form below or contact 019-9855546

Sunday, July 19, 2009

Akaun Besar atau Akaun Kecil?

Apakah perbezaan terbesar takaful dan simpanan biasa?

Katakan Ali menyimpan RM50 setiap bulan, bermula umur 20 tahun, dengan harapan 30 tahun lagi dia akan dapat jumlah yang besar. Maka setiap bulan dia tidak pernah gagal menyimpan wang ke dalam akaun simpanan wadiah untuk mencapai hasrat murni beliau.

Abu, pada usia yang sama, menyimpan jumlah yang sama, tetapi beliau telah menetapkan untuk memperolehi RM50,000 apabila matang kelak. Abu yakin akan mencapai jumlah tersebut, walaupun hayatnya mungkin tidak lama? Mampukah beliau berbuat demikian?

Suatu hari, Ali dan Abu bertolak ke Kuala Lumpur dari kampung mereka dengan menaiki bas ekspres. Malang tidak berbau, pemandu bas gagal mengawal bas dengan baik sewaktu melalui selekoh tajam, menyebabkan bas terbabas dan terhumban ke dalam gaung, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia, ketika usia mereka baru 25 tahun!

Keluarga masing-masing menuntut duit mereka, yang mana keluarga Allahyarham Ali mendapat lebih kurang RM2500, manakala keluarga Allahyarham Abu mendapat RM50,000. Satu perbezaan yang besar bukan?

Disinilah takaful berperanan membuka akaun besar untuk anda, sebaik sahaja polisi anda diluluskan. Keluarga Ali mendapat sekadar jumlah yang sempat di simpan daripada usia 20 hingga 25 tahun, sedangkan keluarga Abu mendapat RM50,000, termasuk sebahagian daripada jumlah caruman dalam tempoh tersebut.

Anda sudah mempunyai akaun besar? Tahniah jika anda telah mengambil perlindungan takaful, namun jika anda hanya mempunyai akaun kecil, hubungi saya segera sebelum terlambat untuk mendapatkan polisi akaun besar anda!

Owning a Takaful policy made simple, fill in the form below or contact 019-9855546

Eligibility for Hospital Room & Board

Assalamualaikum and good day,

The MAA Takaful SmartMedic 100 is available in 4 plans – Plan 1 to Plan 4.

One of the main categories to consider is the Hospital Room and Board.

The SmartMedic 100 lowest eligibility is RM150 (plan 1) up to RM450 (plan 4)

What room will you get for the plan 1 if you happen to use specialist hospitals in East Coast?

Kelantan
a) Kota Bharu Medical Centre – Single Executive Room and below
b) Perdana Specialist Hospital – Single Standard and below

Pahang
a) Kuantan Specialist Hospital – Single Room and below
b) Kuantan Medical Centre – Single Standard and below

Terengganu
a) Kuala Terengganu Specialist Hospital – Single regular room.

Everybody values privacy greatly, hence this SmartMedic 100 medical card will ensure you get just that right from plan 1 by getting you into single room!

For plan 4, you will get Royal Suite at KBMC, VIP room at Perdana Specialist Hospital and Kuantan Specialist Hospital, Executive Suite at KMC and Executive room at KT Specialist Hospital.

Your deserve the best based on your affordability.


Owning a Takaful policy made simple, fill in the form below or contact 019-9855546

Pelan Takaful Kemalangan Individu PATINA77

Assalamualaikum,

Setiap kali kita keluar rumah, kita berhadapan dengan risiko kemalangan. Memang wajar untuk kita berhati-hati, namun malang tidak berbau. Kemalangan boleh menyebabkan kecederaan yang teruk/kematian. Pastikan kita telah mendapat perlindungan yang sewajarnya untuk berhadapan dengan risiko ini.

Apa Itu PATINA 77?
PATINA 77 adalah Pelan Takaful Kemalangan Individu (Personal Accident) direka khas daripada MAA Takaful Berhad untuk keperluan
perlindungan anda. Berlandaskan hukum syariah, ia menawarkan perlindungan 24 Jam terhadap kemalangan walau dimanapun
anda berada. Dengan pelbagai pelan dan pelan-sub untuk dipilih, anda boleh berasa yakin yang ianya merupakan pelan Takaful
untuk semua.

Perlindungan Tambahan:
Perlindungan turut diberikan kepada kemalangan berikut:

• Ketika dalam sebarang bentuk perjalanan
• Ketika terlibat dalam sukan atau hobi (kecuali seni mempertahankan diri dan tinju)
• Kemalangan bencana alam termasuk La Nina, El Nino, banjir and gempa bumi
• Berpunca daripada gigitan ular dan gigitan binatang merbahaya
• Berpunca daripada mogok, rusuhan dan kekacauan awam
• Pembunuhan dan penyerangan (tanpa ancaman)
• Lemas
• Lemas akibat wap asap atau gas beracun
• Keracunan makanan dan minuman
• Pengaruh dadah (hanya dadah yang diberi oleh doktor berdaftar)

Brosur untuk perincian tentang pelan ini, klik disini.


Owning a Takaful policy made simple, fill in the form below or contact 019-9855546

Melantik Wasi (Pemegang Amanah) atau Hibah?

Salam,

Memiliki perlindungan Takaful Keluarga amat penting bagi memastikan kesinambungan peruntukan kewangan keluarga sekiranya ajal seseorang datang pada usia muda.

Setiap pemegang polisi produk MAA Takaful, perlu memilih samada untuk menamakan Wasi (pemegang amanah) atau Hibah.

Wasi akan bertindak sebagai pemegang amanah, yang mana perlu memastikan pembahagian wang perlindungan yang diterima dibuat mengikut hukum faraid atau wasiat si mati

Manakala Hibah pula bererti kita menghadiahkan wang perlindungan kepada orang yang dinamakan.

Wang tersebut boleh terus diberi kepada penama, bermaksud ia tidak termasuk dalam harta pusaka.

Pemilihan ini (Hibah) penting dibuat sekiranya pemilik polisi sudah pasti ingin memberikan wang perlindungan itu kepada penama yang diisi dalam borang penamaan Hibah.

Ini membolehkan wang tersebut dimanfaatkan secepat mungkin oleh penama (mungkin isteri/suami) berbanding wasi yang akan memakan masa yang lama sekiranya simati tidak membuat wasiat semasa hidupnya.

Owning a Takaful policy made simple, fill in the form below or contact 019-9855546

Friday, July 17, 2009

Maklumat ringkas produk MAA Takafulink

Salam,

Takafulink adalah satu Pelan Takaful Keluarga yang memberi anda kebebasan perlindungan dan pelaburan yang diluluskan syariah tanpa prejudis.

Ini bermakna anda mendapat perlindungan mengikut Jumlah Perlindungan Asas yang dipilih, dan juga manfaat pelaburan melalui wang yang dimasukkan kedalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA)

Sementara untuk perlindungan peserta, wang caruman akan dimasukkan ke dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) iaitu jumlah yang ditabarru' (disumbang) untuk sebarang pembayaran tuntutan.

Apabila berlaku kematian, kedua-dua Jumlah Perlindungan Asas dan jumlah semasa dalam Akaun Pelaburan Peserta akan dibayar.

CIMB-Principal Asset Management Bhd adalah syarikat yang menguruskan dana-dana 'investment-linked' bagi pihak MAA Takaful Bhd.

Ada tiga dana yang ditawarkan mengikut bersesuaian dengan profil risiko pelanggan, iaitu;
  • MAA Syariah Growth
  • MAA Syariah Balanced
  • MAA Syariah Income
Jumlah caruman minimum adalah serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun.

Pembayaran caruman boleh dibuat samada secara bulanan, suku tahunan, setiap setengah tahun atau tahunan.

Pembayaran boleh dibuat samada secara tunai di mesin ATM MAA, ataupun pemotongan daripada Biro Angkasa bagi pekerja-pekerja kerajaan, ataupun melalui auto debit daripada akaun peserta, dan juga melalui caj ke dalam kad kredit.

Owning a Takaful policy made simple, fill in the form below or contact 019-9855546

Wednesday, July 15, 2009

Mualaf Yang Perihatin Dengan Hukum

Salam,

Berikut satu petikan daripada ruangan 'comment' untuk artikel dalam website Ustaz Zaharuddin, Perbezaan Insuran Konvensional & Takaful

Posted by Ridwan Rajendran Bin Abdullah, on 22-11-2007 07:15, IP 60.52.100.180, Guest 32. ...

Baru baru ini saya telah mengambil keputusan untuk mematikan insuran nyawa (surrender policy) MAA saya yang bernilai $200 000.Ini kerana saya takut akan murka Allah kelak.Insuran ini telah saya beli sebelum saya memeluk agama Islam.Saya telah bayar premium sebanyak lebih kurang $40 000 (RM$4000 setahunX10 tahun).Selepas mematikan insuran ini,MAA akan hanya membayar balik $11 000.Jadi saya telah hilang lebih kurang $29 000.

Saya juga telah mematikan insuran pendidikan anak dari Asia Life dengan hanya mendapat balik wang premium saya $5000.Dan saya akan juga mematikan insuran Great Eastern saya nanti.Saya akui memang akan kerugian banyak (kehilangan duit premium yang saya telah bayar)dan juga ditanya oleh kerani insuran kenapa saya nak matikannya,saya cuma jawab ini soal agam saya iaitu Islam yang mengharamkan Insuran dan saya lebih takut kepada azab yang akan menimpa saya kelak jika saya tidak membatalkannya.

Sekarang hati dan fikiran saya tenang dan berdoa agar Allah s.w.t akan memaafkan kesalahan saya yang lalu.ASB pon telah saya hentikan dulu lagi.Duit yang ada semua nya dalam akaun Mudharabah sahaja.

Sekiranya seorang mualaf boleh membuat keputusan yang berat tetapi wajib ini, adakah kita sebagai seorang Islam masih sanggup berlindung dengan insurans konvensional?

Artikel penuh Ustaz Zaharuddin boleh dibaca di sini.

Berikut pula ulasan Mufti Perak, Ustaz Harussani berkenaan hukum insurans






Hubungi saya di 019-985 5546 untuk pelan-pelan takaful yang boleh anda miliki sekarang.




Owning a Takaful policy made simple, contact 019-9855546

Monday, July 13, 2009

Hospital Kerajaan vs Hospital Swasta


Berapa ramai di antara kita yang pernah mendapatkan rawatan penghospitalan di hospital kerajaan dan swasta?

Apakah perbezaan-perbezaan ketara di antara kedua-dua hospital tersebut?

a) Rawatan doktor pakar sukar didapati terutama untuk hospital di bandar-bandar kecil. Terpaksa menunggu jadual lawatan sekali-sekala dalam sebulan untuk berjumpa doktor pakar. Hospital swasta doktor pakar tersedia setiap hari.

b) Wad di hospital kerajaan umumnya tiada/kurang bilik berdua ataupun bilik 'single'. Perlu berada di wad yang terbuka, menyebabkan kurang 'privacy'. Juga tidak dibenarkan menunggu lebih daripada seorang dalam satu-satu masa. Di hospital swasta, lebih 'flexible' untuk penjaga, samada suami, isteri dan anak-anak yang lain boleh menunggu di bilik pada setiap masa.

c) Rawatan lebih pantas, dengan jumlah pesakit yang lebih kecil di hospital swasta. Tentu kita pernah terbaca pesakit terpaksa dirujuk dari satu hospital kerajaan ke satu hospital lain disebabkan ketiadaan peralatan sesuai ataupun doktor pakar. Kadang-kadang ini boleh membahayakan nyawa kerana masa yang berlalu meningkatkan lagi risiko terhadap pesakit.

d) Kos lebih tinggi di hospital swasta. Inilah masalah terbesar kenapa majoriti rakyat tidak mendapatkan rawatan di sini. Kini dengan MAA Takaful Smart Medic 100, masalah ini dapat diatasi sepenuhnya kerana anda mampu mendapatkan 'cashless admission' ke mana-mana jua hospital pakar panel terdekat. Dengan hanya menunjukkan kad Smart Medic anda, segala bil-bil rawatan 100% akan dibayar oleh pihak MAA Takaful.

Tentunya kita semua amat sayang kepada semua ahli keluarga kita. Mereka berhak mendapatkan rawatan yang terbaik apabila memerlukan. Berada di Kuantan Medical Centre ataupun Kuantan Specialist Hospital tentunya lebih mendatangkan keselesaan dan kepuasan ketika mendapatkan rawatan di wad.

Hubungi saya Afandi di 019-9855546 untuk mendapatkan penerangan lanjut tentang skim yang mampu dimiliki ini. Ingat, masa terbaik untuk mempunyai kad ialah ketika anda masih sihat! Dari serendah RM32 sebulan sahaja.



Owning a Takaful policy made simple, contact 019-9855546

Kad Perubatan Smart Medic 100

Salam,

Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang yang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.

Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.

Apakah yang anda dapat apabila memiliki perlindungan kad SmartMedic100 daripada MAA Takaful ini?

a) Tiada co-payment/co-takaful. MAA Takaful akan membayar 100% bil anda-tidak perlu keluar duit sendiri.
b) Perlindungan rawatan hospital pakar yang tinggi: RM150,000 - RM600,000 mengikut pelan yang anda pilih-tidak perlu menggunakan duit simpanan persaraan/pendidikan/tabung haji anda.
c) Bilik Hospital & makan yang tinggi: RM150 - RM450 mengikut pelan yang dipilih-mampu milik.
d) Pilihan mengikut kemampuan anda, daripada serendah RM32 sebulan: Pelan 1-4
e) Bayaran khairat kematian RM5,000 (kematian)-membantu perbelanjaan pengurusan kematian
f) 'Standalone product'-sesuai sekiranya anda telah memiliki takaful perlindungan diri-menjimatkan kos anda (sebagai rider pun boleh)
g) Pembaharuan terjamin, sehingga umur 80tahun-perlindungan berterusan.
h) Panel Hospital Swasta terbaik di seluruh Malaysia-khidmat perubatan terbaik oleh doktor pakar.
i) Pelepasan cukai maksimum RM3,000-mengurangkan pendapatan bercukai anda
j) Perkongsian lebihan akhir tahun 50:50 (jika ada lebihan)-menguntungkan
k) Menepati kehendak syariah-memiliki panel syariah-wang yang bersih
l) Rawatan pesakit luar-kanser, dialisis buah pinggang, kemalangan dan kecemasan-amat bermanfaat.
m) Bayaran fleksibel-bulanan, tahunan-mampu dibayar.

Apalagi, kesemua ini akan menjadi milik anda dengan mengambil satu polisi sekarang!

Ingat, masa terbaik untuk memilikinya ialah ketika anda masih sihat!

Click disini untuk brochure SmartMedic 100


Owning a Takaful policy made simple, contact 019-9855546

Saturday, July 11, 2009

Produk MAA Takaful

Salam,

Mendapatkan perlindungan Takaful adalah satu keperluan penting pada zaman ini. Duit bukan segala-galanya, tapi hampir segala-galanya memerlukan duit.

Paling penting sebagai ketua keluarga atau anak sulung contohnya, kita mampu menyara keluarga kita, ibu bapa atau adik-adik dengan gaji atau pendapatan semasa.

Namun apa yang akan berlaku sekiranya kematian menjemput kita secara tiba-tiba? Siapa yang akan meneruskan sara hidup mereka? Sedangkan kematian adalah suatu yang pasti berlaku ke atas setiap yang bernyawa, sedangkan bila kematian itu akan berlaku di luar pengetahuan kita.

Oleh itu mengambil perlindungan Takaful adalah selaras dengan ajaran Rasulullah saw sebagaimana mafhum hadis baginda yang bermaksud:

“Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada meninggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”. (Riwayat: Bukhari)

Sehubungan itu, MAA Takaful menyediakan pelan-pelan berikut yang menepati kehendak syariah bagi menyahut seruan hadis tersebut;

a) Produk Takaful Keluarga
1. Takafulink - perlindungan & pelaburan
2. Takafulink Education (Pendidikan) - perlindungan & pelaburan
3. Takafulink Single Invest - pelaburan & perlindungan
4. SmartMedic 100 - perlindungan untuk kos penghospitalan di hospital swasta
5. Cancercare - perlindungan untuk penyakit kanser

b) Produk Takaful Am
1. PATINA 77 - perlindungan kemalangan peribadi

c) Produk Takaful Kumpulan
1. Group Term Takaful
2. Group Critical Illness
3. Group Takaful Scheme

Sesungguhnya, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga keluarga kita sebaik-baiknya, memiliki perlindungan Takaful adalah antara langkah terbaik bagi memastikan kita mampu meninggalkan orang tersayang dengan bekalan kewangan yang bermakna.

Hubungi 019-985 5546 untuk keterangan percuma bagi semua produk di atas.